Wednesday, October 24, 2012

Kedai Makan Upin & Ipin @ Taman Melati Utama

Alamat:
No 55-G, Jalan Melati Utama 4,
Taman Melati Utama, Setapak,
53100 Kuala Lumpur
* di antara Petron & Petronas + Mcd. sebaris dengan paparich. berhadapan jalan besar MRR2

Facebook: www.facebook.com/kedaimakanupinipin

Official Website: www.kedaimakanupinipin.com

...


^
Hakeem dan Pika dah 2nd time makan kat sini. Tapi 1st time buat saya, mummy (Tok Mi) dan daddy (Atok). Pika blom pape, trus meluru ke fridge dan amik 1 minuman Upin & Ipin, Blackcurrant flavoured. tatau la sedap ke tak.


^
Saya suka gambar ni. comel aje. :P


^
Last photo dalam kedai.

...

Bawah ni makanan yang kiteorg order.

Oh sebelum tu, Kedai Makan Upin & Ipin ni guna konsep 'kopitiam', korang akan diberi kertas untuk letak code makanan dan kuantiti, dan boleh letak la 'notes' kat sebelah, kot kot nak soh letak pape extra / kurangkan something.


^
Mee Goreng = RM 8.90

Komen saya:
- Masa mula-mula mee goreng ni sampai ke meja, memang tersedak la jugak. Bukan sebab ape pon, tapi pinggan dia tu besar giler. Tak percaya? Tengok gambar bawah ni.
- dalam order form, sbb nak makan dengan bebudak, sy tulis kat 'notes' - "Kurang Pedas". sampai-sampai, memang tak pedas langsung la. ehehe.


^
Pinggan Mee Goreng tu besar gedabak sangat, tak sesuai untuk kedai yang sepatutnya 'kid-friendly'. Lepas daddy dah selesai makan, dia pusing badan nak layan cucu plak, terlanggar la sket pinggan tu. sbb 'telinga' dia tinggi sangat, nyaris-nyaris nak jatuh atas lantai. sempat ditangkap oleh mummy. :-s



^
Pengat Pisang & Sago

Komen saya:
- Ini lagi satu, pinggan pelik, bentuk perahu. nak makan pon susah, sebab bila dah tinggal sisa-sisa terakhir tu nak kene angkat perahu tu, biar condong ke tepi. kalo hidang dalam bowl biasa lagi elok rase nya. :P
- Rasanya sedap, sampai tu panas2 lg. Pisang dah cukup banyak, cume kalo boleh lebihkan sago tu sket boleh? Kuah dia cair sket, kalo pekat sket, sedap lagi kot. :D



^
Mee Kari = RM 8.90

Komen saya:
- ini saya order. mak saya adalah curi sket. pedas. mule2 tgk, lauk mcm tak byk mana. tp bila kuis2 kat belah bawak, humangaih, banyaknya kerang. tersorok plak kerang tu ye. semuanya dok belah bawah. :P
- disebabkan saya dah boleh agak, mee kari ni memang akan pedas, saya orderlah Iced Lemon tea, tulis kat 'notes' - "Kurangkan Ais". yg sampai, adalah dlm gelas ais dlm 1/4 penuh. :))

Air lain, mummy order White Coffee (leh refer gambar atas pengat pisang), dan daddy order Teh O Panas.


^
Bubur Nasi = RM 6.90

Komen saya:
- rasa dia plain aje, so boleh mintak kicap masin/manis untuk tambah perisa.



^
Cereal dari Upin & Ipin Food Sdn. Bhd.

Pika la ni, buat macam kedai sendiri plak. Mula-mula dia amik 1 set pinggan + cawan untuk baby. katanya untuk Hakeem. RM 30 tau set pinggan + cawan tu. giler mahal. :))

Pestu, hilang lagi, pegi amik Cereal ni.. 1 set ade 6 kotak. harga tak ingat plak, dalam RM8-9 kot. pestu, ade tulis kat kotak tu, ade provide free eraser kat dalam. tatau la setiap kotak ade 1 pemadam, atau dlm 1 set ade 1 pemadam. nanti la kite tengok esok-esok macammana.

//update: pemadam tu mmg ade 1 dlm setiap kotak. so altogether 6 pemadam. :D

...

Ada byk makanan dalam menu yg 'coming soon'. Saya kalo datang lagi nak try
- Chicken Chop
- Nasi Lemak
- Burger Special

Total untuk semua makanan.. RM 40-45.

Oh.. hampir terlupe. 1 aje yg tak best kat kedai ni - LALAT! masa kiteorg tengah makan, ada 2 ekor lalat hijau tengah menyibuk nak makan sekali. hilang sket fokus nak makan tu. harap tuan kedai ni boleh buat sesuatu untuk halau lalat ni.

Labels: , , ,



Comments:

Anonymous Anonymous said...

3 menu yg akak nk try tu ade da kak,siap ade sirloin steak lg.meh laa dtg lg.masalah lalat pun rasenye da kurang,n keselesaab family levih trjamin.

2:07 AM, November 25, 2012  
Anonymous Anonymous said...

Saya dah 4kali pergi..asam fish(tak brp ingat) sedap..

7:04 PM, January 28, 2013  
Anonymous Anonymous said...

Mee kari berapa RM Kak?

8:49 PM, September 27, 2014  

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...