Tuesday, June 11, 2013

Warung Ayam Penyet Idaman @ Plaza Idaman Gombak

Alamat:
Ground Floor,
Plaza Idaman, No 70,
Jalan 6/21D, Medan Idaman Gombak,
53100 Kuala Lumpur.

...

One of the best Ayam Penyet I've tasted! Memang sedap.

//updated on 24 Dec 2013


^
Bahagian depan kedai!


^
Laku kedai ni. Kedai dah bertambah besar, sbb dia amik lagi 1 unit kat depan (refer gambar atas), so makin luas la. Alhamdulilah. Tayah tunggu lame dah. Ehehe. Masa saya sampai tu, kiteorg 1st customer. Meja dan kerusi baru pon jenis tak bulky, elok la, boleh muat lebih banyak meja makan.

...




^
Ini menu dan harganya.


^
Dalam gambar di atas, ade Ayam Penyet dan Lele Penyet. Selain tu derang akan bagi sup dan jugak sambal cili.

Berani saya cakap, ayam penyetnye lagi sedap dari Restoran Ayam Penyet. :P

Ayamnya lembut dan juicy. Bila order Ayam Penyet, derang akan tanya, "Nak bahagian mane? Dada atau Peha?". Kalo derang tak tanye, korang bagitau la kalo korang prefer certain bahagian. Kalo jenis tak kisah, then tayah bagitau la, biar surprise gitu. :P

Yang membuatkan Ayam Penyet tu bertambah sedap adalah benda-benda keras yang ada atas ayam tu. tak reti plak nak panggil apa. rasa dia crunchy, memang selera la bila makan nasi ayam penyet. dah la ayam dan ikan keli tu dimasak fresh2. so sampai-sampai kat meja mmg panas berasap la. fuhh!

lagi satu yang best, tengok sambalnya banyak mane? eheheh. 1 mangkuk tu dia bagi. tak cukup, leh mintak lagi, no problem. pestu 1 mangkuk sup derang memang bagi sekali, tade la kering sangat bila makan. :P



^
tak sah kalo datang sini tak order Jus Alpokat / Jus Avocado. :P


next time, ingat nak order Bakso la, takpon Soto Ayam. Takkan tiap kali pegi sini makan Nasi Ayam Penyet je kot? :P

setakat ni, dah try Ayam Penyet, Lele Penyet. Ayah dah pernah order Soto Ayam, tapi saya tak try la plak. hmm.

...

Peta Lokasi

View Plaza Idaman in a larger map

Labels: , , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...