Sunday, July 7, 2013

Restoran Istana Bambu @ Ampang

Alamat:
Restoran Istana Bambu
Lot 841-842, Jalan Hulu Kelang - Ampang,
68000 Ampang, Selangor.

GPS Location: 3.175203, 101.758000 (Latitude,Longitude)

Website: www.istanabambu.com.my
FB: Facebook Fanpage

...

Sabtu lepas, buat family gathering kat sini. 1st time makan kat sini, walaupon dah banyak kali jugak la lalu lalang. Saya dah tau dah kedudukan Istana Bambu ni kat mana, tapi mak ayah dan akak, memang tatau langsung. Siap saya tunjuk jalan pon masih jugak tak percaya tu. Macam mana ni tak percaya kan navigator?? Grrr. Last-last bila saya dah suruh belok kiri tu, bila derang nampak pondok bambu tu baru la.. "Oooh, situ ke?". Kalo tidak, memang tak caya wujud restoran kat situ. Aduhai.. sabar jela. Ayah lagi la, saya dah siap tunjuk kat dalam google map pon masih was-was restoran ni kat mana. :P

Sapa-sapa nak pergi sini, tolong gunakan GPS location yang saya dah provide kat atas yer. Key in balik dalam google maps, ataupon boleh refer pada 'peta lokasi' saya dah provide kat bawah ni, sama aje pon.

Kalo korang terus search 'Istana Bambu' kat google maps, nanti pergi ke tempat lain plak (opposite Flamingo Hotel), itu salah eh. Jangan ikut yang itu. Terlajak jalan dah tu. Sape la yang save salah location ni. :P

...

Okay la.. kite proceed dengan gambar-gambarnya.


^
Ini pintu gerbang. Sampai-sampai sini, memang ini la bende pertama yang korang akan nampak.


^
Masuk dalam sket, belah kiri dan kanan ada err.. tali air? Kire tali air la ni, sebab kat dalam sket ade sawah.


^
Haa.. ini belah kanan punye. Nak kate kolam, tak perasan plak ikan. Bila tengok banyak air bertakung ni, risau satu aje - nyamuk! Tapi alhamdulilah tade nyamuk menyerang sepanjang malam. :D


^
Jalan masuk. Saya takut sket nak jalan kat atas ni, sebab rasa macam walkway dia ni agak kurang kukuh. Setiap langkah akan berbunyi. Kruk krek kruk krek. Saya jalan pon slow aje. Saya siap tersepak 1 buluh ni dah loose sket, alhamdulilah saya tak tergolek. Harap pihak restoran boleh baiki sket walkway ni. Bahaya bebudak lari, tersangkut kaki, cedera tak pasal-pasal. :P


^
Cashier.. jauhnye. tapi nak bayar kat meja pon ok je. :P


^
Jalan depan sket, lalu sampai la kat main area. Rasa selamat sket bila dah sampai kat kawasan ber-tiles ni. Uhuk.


^
Dekorasi kat sini, kebanyakannya diperbuat daripada buluh. Dah nama restoran pon bambu (bamboo) kan? Berat jugak nak tarik kerusi tu.


^
Haa.. tengok la sendiri.. rangka pon bambu, bumbung bambu, kerusi meja bambu. Semua bambu lah!


^
View atas...


^
View atas..


^
Since makan beramai-ramai, banyak jugak la lauk yang kiteorg order. Jap saya list semuanya.

Makanan yang diorder...
. Deep Fried Siakap Kerabu Mangga ~ Big (RM 60)
. Crab with Salted Egg (RM 45)
. Crab Meat Sharks Fin Soup (RM 36)
. Dry Butter Prawn (RM 59)
. Deep Fried Squid ~ Big (RM 24)
. Lemon Chicken ~ Big (RM 40)
. Asparagus with Belacan ~ Big (RM 25)
. Petai with Prawn (RM 23)
. Braised Beancurd Broccoli with Mushroom (RM 18)
. Plain Rice ~ 7 pax (RM 12.60)

Desserts yang diorder...
. Sago Gula Kabung ~ 2 (RM 10)
. Mango with Sticky Rice (RM 7.00)

Minuman yang diorder...
. Hot Milo (RM 5)
. Iced Tea (RM 5)
. Carrot + Milk (RM 7)
. Iced Milo (RM 6)
. Carrot + Orange Juice (RM 7)
. Carrot Milk Suam (RM 7)
. Lime Juice without ice (RM 3.50)
. Hot Lemon Tea (RM 4)
. Plain Water ~ 7 gelas kot(FREE?)

Total = RM 444.50 (incl. 10% service chg)

Saya order air yang termurah dalam list. Wahahaha. Overall, makanan dia tersangatlah sedap. Licin semuanya. Tade benda nak complain. Walkway tadi aje kene baiki sket, yang lain takde masalah. :P

Oh ya, baru teringat. Mak saya kurang berkenan satu aje, dia tak suka tgk pelayan-pelayan dok berkumpul. Asyik ade aje staff meeting. Takkan la dalam 1 jam tu berkali-kali nak buat staff meeting kot? Discuss ape pon saya tatau la. Bila kiteorg nak panggil order air extra atau order dessert ataupon nak mintak bill, asyik dok sibuk meeting. Derang ni bila meeting memang tak pandang dah tempat lain. Itu ajela yang slack. Huhu.



^
Memandangkan lepas makan tu dah pukul 8 malam, singgah la surau kejap nak solat maghrib. Comel aje surau nya. Saya lupa plak nak snap gambar tempat amik wuduk, tapi kat gambar ni boleh nampak. Kat depan mak saya (tudung pink), ada orang tengah amik wuduk.. kat situ la. Tempat wuduk tu mix ya, perempuan pon amik wujud kat situ jugak, malam-malam gelap.. so tada sapa nampak. Dalam gambar tu nampak cerah sebab saya snap pakai flash. :P


^
Belah kiri tu, tempat solat perempuan, dan belah kanan lelaki punya. Telekung dan sejadah disediakan. Kain pelikat, saya kurang pasti.


^
Ini jalan dari surau nak patah balik ke restoran. Kiri kanan ada 'sawah', tapi berpaya ajela masa saya pegi tu. Blom bercucuk tanam lagi kot? Kat gambar dalam facebook ada nampak sawahnya.

...

Peta Lokasi

View Restoran Istana Bambu in a larger map

Labels: , , , , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...