Monday, November 11, 2013

Ole Ole Bali @ Soho KL, Solaris Mont Kiara


Alamat:
Lot 15 & 16, Ground Floor Block J,
SOHO KL, Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur

Direct Line: +6012 459 2689
Telephone: +603 6204 9688
Fax: +603 6204 9698

GPS Coordinate: +3° 10' 30.14", +101° 39' 36.51"

Official Website: balibistro.com

View/Download Menu: Menu Ole Ole Bali (pdf)

...

Datang makan sini sempena celebrate graduation SIL, dia belanja.

Bila sampai kat area Soho KL ni, sila park kat basement parking, pestu mase nak cari parking space, pilih untuk park dekat-dekat block J. nanti naik-naik tu terus dekat dengan Ole Ole Bali. tayah nak jalan jauh-jauh lagi dah. Naik aje atas, belah kiri dah sampai kat restoran.

Bawah ni saya listkan makanan dan minuman yang saya sempat rasa. Order 1 dish untuk dikongsi 2-3 orang. Kenyang jugak la. Sampai tak boleh nak bergerak. :))

Drinks ordered:
. Hot Honey, Lemon & Passion Fruit (RM 9)
. Avocado Juice (RM 12)

Meals Ordered:
. Bali Trio (RM 49)
. Nasi Campur (RM 37)
. Pisang Bakar (RM 13)






Ada beberapa pilihan seating. Nak duduk bersila pon boleh. Nak duduk Al-Fresco pon boleh, dok kat luar la, meja pon jenis berkayu dengan bench panjang. Kat belah dalam korang tengok jela gambar tu. Kiteorg makan kat tingkat atas, usually group yang besar, memang makan kat atas la. Senang nak susun meja berderet panjang.

...


^
Air yang saya order. Hot Honey, Lemon & Passion Fruit. Setiap air panas akan diserve dengan biskut kacang tu. Ape name biskut tu? Kalo bahasa omputihnya - Peanut Candy. Saya makan sket, pestu tawar kat mak, mak abiskan seme. Hahaha.


^
Ni air ayah - Avocado! Malang sekali anak tekak saya tak berapa sihat, lalu terpaksa la order air panas. Kalo tidak memang akan order Avocado dah. Itu pon curi-curi jugak la ayah punya, abang punye dan rayyan punye Avocado. Hahaha. Sedap sgt! Macam minum ice cream tau. huhuhu. Kat atas, dihias dengan beberapa cebisan Avocado. Slurps!


^
Setiap 2 orang kongsi 1 plate Nasi Campur. Saya dok menghadap mak, so kongsi dengan mak. Walaupon nasi dia sejemput je, tapi lauk dia boleh tahan banyak. Dalam banyak-banyak lauk tu, 1 lauk tu kene pilih samada nak daging ataupon ayam. Yang kiteorg dapat adalah ayam. Memang sedap-sedap la. Sate Lilit tu, ingat nak try buat kat umah, minced chicken/beef, letak rempah2 sket, pestu letak kat hujung batang serai, pestu bakar. yum yum. Tapi macam sayang jugak sebatang serai terkorban untuk buat sate tu.

Nasi Campur (RM 37)
. Combination of Balinese Grilled Lemongrass Prawns, Squid, Fish, Choice of Beef or Chicken Rendang and Sate Lilit, served with Lawar Kacang (Bean Salad), Rempeyek (Anchovy Crackers). Sambel Terasi dan Sambel Matah.


^
Bali Trio. Perghh harga, almost RM 50? Actually appetizer ni datang selepas main dish, sebab mase tu ingatkan cukup la Nasi Campur tu. Tetibe abang complain tak cukup. So order ni sebagai makanan tambahan. Abang duduk menghadap ayah, so dua-dua jenis makan banyak, lagi-lagi kalo makanan sedap, makin berebut. Appetizer ni kongsi 3 orang.  Kalo tadi, 1 sate lilit kene kongsi 2 orang, ni datang2, leh amik la sorang 1, siap ade extra lagi. eheheh. Sotong Goreng Tepung dia, fuuh, sedap, batter tak overwhelming. BBQ Wings, masak dalam, tak kering, sangat juicy.

Bali Trio (RM 49)
. A combination of BBQ Wings, Sate Lilit and Cumi-Cumi Goreng, served with Sambel Matah, Sambel Terasi and Tartar Sauce. An ideal snack for drinkers!


^
Untuk dessert, Pisang Bakar! Ada 3 biji pisang, vanilla ice cream 1 scoop, dijirus dengan sauce caramel. Yang hirisan putih tu macam crystallized ginger je. Tak sure. Sedap!

Pisang Bakar (RM 13)
. Grilled Caramelized Bananas, served with Vanilla Ice Cream and Peanut Candy Toppings.

...

Basically, dari segi makanan, memang berbaloi. Harganya memang la mahal, tapi kalo ade duit lebih tu, boleh la nak datang sini. Dari segi service, laju. Kat tepi kiteorg ni ade waitress yang setia menanti dan menunggu di kala nak angkat pinggan yang dah pon kosong, ataupon nak refill air.

Kalo korang tengok menu restoran ni, selain balinese food, ade jugak western food, pasta pon ada, burger pon ade! So tak semestinya datang sini kena makan nasi aje. Banyak lagi pilihan makanan yang lain.

Setelah abis makan, bebudak macam biasa, survey kawasan setempat. Turun naik tangga, siap ketuk gong beberapa kali. Hahah. Saya selaku babysitter, terpaksa la   buat muka tebal layan bebudak ni. Uhuk.




...

Peta Lokasi

View SohoKL @ Solaris Mont Kiara in a larger map

Labels: , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...