Friday, November 8, 2013

Yati Ayam Percik @ Star Parc Point, Setapak

Alamat:
Yati Ayam Percik
F-01-06, Star Parc Point,
Jalan Genting Kelang, Setapak,
53300 Kuala Lumpur.

Tel num: 016-214 0454
Operation Hours: 11am – 10pm ~ Open Daily

Attention: Yati Ayam Percik Star Parc Point dah pindah ke tempat lain. So ini message dari owner/staff...

Assalamualaikum admin.. terima kasih diatas entri saudari tentang restoran yati ayam percik di Starparc Point, Setapak. Kami ingin memaklumkan kepada saudari bahawa restoran kami sudah berpindah di Medan Selera Mentara, didalam Tiara Duta Condo Ampang Selangor. Disini saya sertakan alamat kedai, & lokasi kedai kami. kedai kami telah bertukar nama kepada Abie's House. Jemput saudari datang. :) Terima kasih. ~ atiqahahmadfauzi


...

Yati Ayam Percik kat Jalan Long Yunus, Kota Bahru, Kelantan, memang kiteorg biasa pegi dah. Setiap kali balik kampung, mesti singgah beli ayam percik untuk bawak balik KL.

Branch terbaru Yati Ayam Percik baru dibuka di Star Parc Point. Star Parc = Setapak, get it? Nak sedapkan bunyi, ejaan pon dah jadi gitu. Ni sama kes dengan Wangsa Walk Mall la ni. Wangsa Walk = Jalan Wangsa. ehehe.

Okay, kite berhenti dari merapu, kang tak pasal-pasal, berjela plak blog entry ni. Senang citer saya explain setiap gambar di bawah.


^
Nak tau jalan nak ke sini, leh refer pada peta lokasi kat bawah sekali, saya dah provide. Dalam google maps, Star Parc Point ni nampak kosong aje, sebab kawasan baru, blom diupdate dalam google maps. Papepon, Yati Ayam Percik dok belah tengah Star Parc Point, antara Buzz Station dan MyVizza (V- Shape Pizza).


^
Ini la rupa dalam kedai. Dalam dia gelap aje. Siling hitam, dinding ber-texture. Boleh pilih samada nak makan di dalam atau di luar.

Waiter tak amik menu balik lepas amik order, saya ape lagi, setiap page menu saya pegi snap. Hahaha. Gigih tak? Korang boleh tengok sendiri apa yang available kat restoran ni. Refer menu-menu di bawah.

Yati Ayam Percik branch Star Parc Point ni, menunya memang lain lah dari branch kat KB tu. Yang kat sini, lebih banyak variety, siap dengan burger bakar, satay, western food, roti bakar...etc. Nak cater selera orang KL la katakan, kena la masukkan makanan yang urban sket. kuang kuang kuang. :P











Haa.. abis pon menu nye. penat tau snap satu-satu. :P

Walaupon, kiteorg ni datang bertiga, memandang mummy tengah diet, kiteorg order 2 dish saje. Mummy dan daddy kongsi Nasi Kerabu, dan saya makan Nasi Goreng Ah Long sorang-sorang. Saya ada la bagi seketul ayam kat parents, soh derang rasa sket.

1 x Nasi Goreng Ah Long + Chicken Tempura : RM 9.50
1 x Nasi Kerabu Ayam Percik : RM 10.90
3 x Teh O Lemon (Panas) : RM 6.60
+ service charge : RM 1.62
Total = RM 28.60





^
Kesemua pinggan licin? Adakah sedap? YAAA! Sangat sedap!

Nasi Goreng Ah Long tu nak kata macam Nasi Goreng Kampung, tak jugak, although adalah unsur-unsur Nasi Goreng Kampung dalam nasi tu ada ikan bilis, sayur kangkung, cili padi. Kalo korang refer balik pada menu kat atas, Nasi Goreng Ah Long ni korang boleh pilih samada nak 'normal' ataupon 'spicy'. Masa saya order tu tade plak dia tanye nak spicy ke tak. So dia bedal jela masak macam mane pon. Nasi saya takde la pedas mana, so agaknya dia masak 'normal' la kot..

Ayam Tempura tersangatlah besar, fully cooked, crispy kat belah luar, juicy kat belah dalam. kenyang perut saya. Memang besar sangat. Nasi goreng saya dah abis, ayam masih ade dalam suku. Ehehe. Ratah jela ayam yang tinggal. :P

Nasi Kerabu Ayam Percik plak, sampai-sampai, pinggan comot sket, kuah yang menitik luar dari kawasan tak dilap - potong markah! Papepon, mak dan ayah saya cakap - sedap. Saya cuba sket je, dalam 1 sudu kecik, saya try nasi biru dengan sambal kerisik sket. Okay la bagi saya.  Saya tak berapa suke Nasi Kerabu, so telan jela sket. Tapi bila tengok mak ayah, derang makan licin aje.. sedap la tu. :P

Anyway, dari segi harga, branch ni mahal la berbanding kat KB tu. Nasi Kerabu Ayam Percik kat KB, dalam RM 5+ saje. So kat sini, Nasi Kerabu double harganya.

Korang nak tau, sewa kedai tu berapa? Kalo sewa RM 8,000. Kalo beli 1 lot tu, 1 juta lebih jugak la. Tu yang harga makanan pon kena mahal-mahal, nak kene cover sewa. :P

Hmm.. ape lagi ye? Keadaan kedai tu agak panas, mungkin sebab banyak dekorasi warna hitam, sampai terasa bahangnya. Kipas dia tak on semua, mungkin itu sebabnya kot. Aircon pon tak pasang. Tak kisah la. Tade la panas sampai menitik-nitik peluh. Boleh dimaapkan lagi. Pekerja restoran ni, yang saya perasan, ade 2 orang aje. Sib baik customer pon tak ramai lagi. Masa kiteorg datang, hanya ade 3 meja yang terisi.

Kalo datang sini lagi, saya nak try Burger Bakar, Roti Dangdut dan Lempeng.

Lemp's tu, Lempeng tau, jangan confuse. tatau la kenapa semua nama nak digedikkan (dirosakkan) sampai begitu skali. aduhai... padan sangatla lokasi kedai kat Star Parc. :))

Nasib baik makanan lain tak tukar nama jugak. Jap saya bagi contoh ya - ayat gedik.

Restoran Yatea Ayum Purrchick menawarkan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan seperti Nasee Kerabow Ayum Purrchick, Nasee Gorengs Ah Longs + Chicken Tempoora, BurGrr Burn, Rooti Dangdoots dan Choco Lemp's.

Memang mintak penampar kalo guna ayat sebegini. :))


GROUPON ALERT! valid until 9 Nov 2013, 4.59 pm only!

Anyway, kalo korang nak datang sini, ada deal kat Groupon - [Up to 56% Off] Nasi Kerabu Meal at Yati Ayam Percik from RM22 for 2, valid sehingga 9 Nov 2013, 4.59 pm. so cepat-cepat beli groupon sebelum terlambat. Saya tatau menahu pon pasal ni, balik lepas makan tu baru ayah cakap ade deal kat groupon. Hahaha. takpela, tade rezeki.

...

Peta Lokasi

View Star Parc Point, Setapak in a larger map

Labels: , , , , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...