Sunday, April 27, 2014

Big Italia Box @ Pizza Hut Delivery

Oh yeahh.. sejak dari minggu lepas lagi dok tunggu timing yg perfect untuk order Big Italia Box. Akak cakap sedap. Saya order buat makan 2 orang aje, tapi sebab set ni untuk 3-4 orang, boleh makan 2 kali la, lunch dan dinner. :P

...



Big Italia Box contains...
1 Italian Pizza (choose between 3 options)
1 Pasta Perfetto (choose between 2 options)
8 pcs Italiano Bruschetta
4 pcs New Orleans Drummets
2 pcs Soup-of-the-Day
TOTAL = RM 49.90
+ tax, total jadi RM 52.90

Option for pizza
Florentine Chicken
. Signature Italian cheese, chicken breast, capsicum and pumpkin, pesto sauce. Garnished with olive tapenade and parsley.
Romano Chicken
. Signature Italian cheese, chicken meat, chicken salami, capsicum, onion, spinach, roast garlic and tomato sauce.
Tuscan Beef
. Signature Italian cheese, beef pepperoni, beef steak and cherry tomatoes, on a bed of tomato sauce.

Option for pasta
Pesto Chicken Spaghetti
. Pesto sauce spaghetti, tender chicken, cherry tomatoes, roasted onions, chopped garlic, red capsicum, chili flakes and chopped parsley.
Garlic Cream Spaghetti
. Cream Spaghetti served with tender chicken, roast garlic, spinach and pumpkin. Garnish with lemon wedges.

...

Memandangkan mak tak berapa suka pesto sauce, untuk pizza saya hanya boleh pilih antara Romano Chicken ataupon Tuscan Beef. Untuk pasta plak 1 choice aje yang tinggal iaitu Garlic Cream Spaghetti.

Pikir punya pikir saya pilih untuk amik Romano Chicken, sebab dari segi topping lebih meriah berbanding Tuscan Beef. Mak pon mengiyakan aje, so okla.. Romano Chicken.

Saya submit order online kat www.phdelivery.com.my  pukul 10 pagi, awal giler! Pizza Hut tak bukak lagi, tapi dah boleh order dah la. Delivery dijangka sampai 11.15 pagi. Itu kira 1st delivery la. Pukul 11.10 pagi saya dah tunggu depan, pintu gate pon dah terbuka, kat dalam tangan genggam duit. :P

Pizza Hut Delivery (PHD), baru skali je kot saya cuba order, so ini 2nd time. Selalu dok order Domino's aje, tak berapa confident PHD akan selaju Domino's. Alhamdulilah, sampai on the dot 11.15 pagi. Eheh.

...


^
Dah sampai! Memang besar kotaknya.


^
Isi kandungan Big Italia Box. Saya pegang kotak senget sket, so dah lari sket ayam dan bruschetta. Saya dah susun balik elok-elok. :P

Soup of the day adalah Mushroom Soup. Penah ke ada soup lain? Penah ke dapat Chicken Soup? Macam tak penah je. Rasa nye everyday soup of the day adalah mushroom soup. :P

Bruschetta dia, adalah garlic bread dengan sket tomato sauce dan cheese. Err.. boleh la. Dah biasa telan bruschetta yang original, so bila dapat yg laguni, memang rase aneh sket la. tapi sedap la jugak.

Garlic Cream Spaghetti ada pumpkin kat dalam! menarik jugak. cuma kalo boleh nak la lebih garlic cream sauce tu. saya ni jenis suke pasta yang dibanjiri kuah. Selain tu, isi ayam dia masin sket la.

New Orleans Drummets, a bit dry tapi dari segi perasa, sedap la jugak.

Romano Chicken, sedap, no complains. cume untuk peringatan kepada yang biasa makan pizza topping penuh merata tempat, korang mungkin tak berapa puas makan pizza jenis macam ni, sebab topping dia dok tengah-tengah aje, dan topping tu dok asing-asing gitu. kiranya situasinya macam ni la lebih kurang; 1 bite dapat rasa capsicum, 1 bite dapat rasa spinach, 1 bite dapat rasa chicken meat, 1 bite dapat rasa chicken salami. tak macam makan pizza yang biasa tu la, 1 bite, 4-5 topping trus dah masuk dalam mulut korang. dapat bayangkan tak? melainkan mulut korang besar, ngup 1 whole slice tu trus, dapatlah rasa semua topping tu sekaligus. hahahah. :P



^
Ini pinggan saya! jemput makan!

Labels: , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...