Tuesday, August 19, 2014

Sambal Kicap Kota @ Medan Selera Danau Kota

note: this blog post has been updated. scroll down below for new updates!


Lokasi:
Sambal Kicap Kota (Gerai 11)
Medan Selera Danau Kota

Nombor Telefon: 012 - 504 3783 / 012 - 339 5043

Waktu Operasi: tuan kedai cakap, kedai bukak 7.30 malam

PERHATIAN:
ramai yang tanya saya, "kedai ni bukak waktu bila?" payah saya nak jawab, sebab tak tentu. penah saya datang lepas 7.30 malam tak bukak lagi, kirenya tak bukak sampai ke sudah la. huhu. so saya rasa ada baiknya, sebelum korang datang, korang call dulu. ok? nombornya saya dah provide kat atas. :D



...


^
Gerai nombor 11!



^
Gerai ni limited sket pilihan makanan. ada 4 jenis makanan aje.
- sate (ayam/daging)
- tauhu bakar ayam
- pisang goreng dimakan dengan sambal kicap
- pisang goreng keju


^
obviously air pon ade la. :P



^
Pisang Goreng cicah dengan sambal kicap.

Hmm.. menarik jugak la. Teringin jugak nak try yang cheese tu, tapi ayah dah order yg biasa. takpe. lain kali boleh try. (scroll down, saya dah try yang cheese!!)


^
Tauhu Bakar Ayam.

Yang ni, ayam dia segan sket la, tak berapa nak nampak bayang cebisan ayam tu. wahahha. ada la jumpe beberapa ketul. tapi bagi saya, tade la sampai layak nak panggil dish tu Tauhu Bakar Ayam. takat panggil dish ni Tauhu Bakar pon ok dah kot, since cebisan ayam tu tak banyak mana. :P


^
Sate daging dan sate ayam.

kiteorg order 10 batang daging dan 10 batang ayam. sizenya kecik comel je. kalo banding dengan Sate Pak Din atau Sate Haji Samuri, memang ni kecik sket la. Tapi bab rasa, sate daging tu sedap gak, nampak rempah-rempah kat isi daging. sate ayam dia biasa-biasa je. Nasi impit tade kot? tade plak dia tanya nak nasi impit ke tak. saya intai kat belah dalam gerai dia, tak nampak pon bayang nasi impit/ketupat. tade la kot. kuah kacang dia agak berminyak. uhuk.

Harga keseluruhan RM 25.

...

// new update: 19 August 2014


^
Pisang Goreng Keju (19 Aug 2014)

2 hari lepas pegi makan kat medan selera danau kota. kiteorg makan kat gerai lain, tapi sempat order pisang goreng keju dari gerai Sambal Kicap Kota. OMG! sedap tak terkata. selain dari cheese yang melimpah ruah tu, ada jirusan kuah, rase macam gabungan honey + butter. yum yum. tak kira plak berapa banyak pisang dalam pinggan tu, tapi saya agak ade dlm 8-10 pcs kot. pisang tu fresh-fresh dia goreng. masih panas lagi.

...

// new update: 21 September 2014


^
Pisang Goreng Keju (21 Sept 2014)

2nd time datang sini, order pisang goreng keju, orang tu susun elok sket tapi cheese tak sebanyak sebelum ni. since dia susun elok, senang sket nak kire. ada 8 ketul pisang semuanya.

...

Peta Lokasi


View Medan Selera Danau Kota in a larger map

Labels: , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...