Monday, September 1, 2014

Mali's Corner @ Platinum Walk, Setapak

Alamat:
No.9-1, Jalan Langkawi,
Platinum Walk, Danau Kota,
53300 Setapak,
Kuala Lumpur.

Official FB: Mali's Corner

Operation Hours:
Sunday to Thursday : 10 am to 4 am
Friday to Saturday : 10 am to 5 am

...

Makanan kat sini, memang tak banyak pilihan. Hanya ada Nasi Lemak dan Char Kuey Teow sahaja, disamping minumannya la. Pestu konsep kafeteria, kena order sendiri makanan kat kaunter dan bawa ke meja.

Kalo korang order makanan sebelum 6 petang, korang boleh order Char Kuey Teow dan Nasi Lemak di kaunter yang sama - 1st kaunter (boleh refer pada gambar di bawah). Tapi kalo order selepas 6 petang, Char Kuey Teow korang kena order kat bangunan sebelah - 2nd kaunter (boleh refer pada gambar di bawah).

Mali's Corner ni 'tamak' sket, dia dah takeover 3 lot kedai, saya ulang 3 lot kedai. Mula-mula amik 1 aje yang sebelah Tutti Frutti. Pestu, takeover Boraque Kopitiam punye lot, dah jadi 2 lot. Tak lame kemudian, amik 1 lot kat tingkat atas, sebagai tempat makan extra. ehehe. Eventho amik 3 lot kedai, tapi tetap jugak penuh. Nanti jangan heran kalo Mali's corner takeover Tutti Frutti jugak. Tunggu masa aje. :P

...

MENU & HARGA

Char Kuey Teow
. Biasa / Regular : RM 5
. Besar / Large : RM 6
. Special : RM 7.50

Nasi Lemak
. Nasi Lemak + Ayam : RM 6
. Nasi Lemak + Telur : RM 3
. Nasi Lemak Biasa : RM 2
. Ayam Goreng : RM 4
. Telur Goreng : RM 1
. Nasi Tambah : RM 1



^
Saya order Char Kuey Teow Special.

Pastikan korang dapat sekurang-kurangnya 6 ekor udang ye. Beza Char Kuey Teow 'biasa', 'besar' dan 'special' hanya lah pada udangnya. 'Special' ada 6 ekor udang. Yang 'biasa' dan 'besar' ada 3 ekor udang. Dari segi portion size Char Kuey Teow plak, yang 'biasa' dan 'special' sama banyak dan yang 'besar'.. of coz la lagi banyak, 2 kali ganda kot.


^
Nasi Lemak Telur

Ni ayah order as extra food on the side katanya. Laju dia abiskan Char Kuey Teow. Saya dan mak terkial-kial nak abiskan, ayah dah abis dah, trus bangun dan kate nak order Nasi Lemak pulak. Hahaha. Sedap jugak Nasi Lemak dia. Sambal dia manis-manis pedas.



^
Okay, ini lah kaunter tempat nak order. Belah kiri, kaunter untuk order Nasi Lemak dan Char Kuey Teow (before 6 pm only). Belah kanan, kaunter utk order minuman.


^
Korang leh tengok, orang tengah queue utk order Char Kuey Teow, ini kalo dah after 6 pm la.

Anyway, saya google tadi pasal Mali's Corner, ramai yang komplen pasal konsep order makanan kat kaunter yang berasingan. Yela kan, kalo datang after 6 pm, kalo korang nak order nasi lemak + char kuey teow + minuman, kenalah order 3 kali kat 3 kaunter yang berasingan.

Tadi, saya order air, ayah order char kuey teow, mak tunggu kat meja. Air kejap aje, so lepas saya dah hantar air ke meja, saya queue skali dengan ayah, sebab nak pegang 3 pinggan nanti, takut ayah tak cukup tangan. Tade la plak rase leceh nya. Sabar tu separuh dari iman. Hahaha.

Ade lagi orang komplen, muka awek cashier yang bertudung - masam mencuka, pestu lagak macam boss.

Err.. saya tak perasan plak. Biasa aje saya tengok. Ke korang yang komplen ni yang muka masam sampai awek tu tatau nak senyum ke tidak? Kalo ye pon awek tu tak senyum, korang pon senyum la dulu. Mana la tau, dia senyum balik. Korang buat lawak sket je, kan kan... ntah2 dia gelak ke. Orang jaga duit ni tensen tau. Focus tu mesti ada. Kang senyum lelebih kat customer, hilang focus, ter-key in amount yang salah/kurang, dia jugak yang kene cover balik yang kurang tu. :P

Pepandai plak saya backup awek cashier bertudung. Hahahah.. Papepon btol la. Saya pon kalo saya dalam mode bekerja, memang tak pandang orang dah, laju aje ke hulur ke hilir.

Bagi saya, dah okay dah.. queue pon tak lame mana. Laju btol abang-abang tu masak. Dah la kena masak 1 pinggan each time, bukan masak banyak banyak terus pestu bahagi dalam 4-5 pinggan pon. Kira hebat tu.

Kalo tamo queue panjang-panjang datang la awal-awal sket, sebelum maghrib ke. Masa tu tak ramai lagi. Masih bearable la. Yang datang dengan kawan/family, decide nak makan apa. Bila dah tau berapa pinggan char kuey teow, nasi lemak dan air ape yang nak di minum, pakat-pakat la, korang berpecah.. tak susah mana pon kan?

Apa yang penting? KERJASAMA!

...

Apa yang kiteorg order?

2 x Char Kuey Teow Special
1 x Char Kuey Teow Biasa
1 x Nasi Lemak + Telur
1 x Barli Panas
1 x Limau Panas
1 x Limau Ais
TOTAL = RM 27.30

...

Peta Lokasi

View Platinum Walk in a larger map

Labels: , , , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...