Sunday, December 11, 2016

Go'bang Maju Ikan Patin Tempoyak Temerloh @ Sri Rampai, KL

Address:
Go'bang Maju Ikan Patin Tempoyak Temerloh
(Branch Sri Rampai)
No 19, Jln Sri Rejang 1,
Taman Seri Rampai,
Kuala Lumpur.

Operation Hours : 11.30 am to 10.30 pm (Open Daily)

Contact Number: 018-365 1072  |  03-4144 1705

Facebook: www.facebook.com/patinGMSR

...

Tak perlu dah nak travel jauh sampai ke Temerloh nak makan ikan patin tempoyak. Kat Sri Rampai pon ade tau. :P

Ini pon berkat dari mak tengok TV ari Sabtu lepas. Ada beberapa vendors MAHA ni diinterview. Salah sorangnya yang jual Ikan Patin Tempoyak frozen. Sapa-sapa yang nak makan fresh leh terus ke restoran, orang tu sebut la salah 1 branch ada kat Sri Rampai. Saya pon google, dapat lah alamatnya.

On that day terus pergi makan situ. Gigih kan? Hahaha.


^
Restoran ni kat deretan kedua. So bila masuk simpang tu terus je sampai hujung jalan. Ini pon kalau korang masuk dari tepi tasik. Sederet dengan Seri Talam Cat Cafe.


^
Masuk-masuk, begini lah kedai nye. masuk terus ke depan untuk ambil nasi.


^
Ni tempat amik lauk pauk. Ikan patin pon ade jugak kat situ, tapi khas untuk yang nak bungkus/tapau. Ada lauk macam-macam selain ikan patin.


^
Ulam-ulaman dan sayur-sayuran.


^
Ambil nasi kat sini. Tengok comel je 3 pinggan susun kat tepi tu. Ada 1 mangkuk nasi, keropok sket dan salad dan timun. Kat depan sket, tempat nak amik ikan patin yang panas-panas. Bagitau nak ikan patin sangkar atau buah, dan bahagian mana (badan, ekor atau kepala). Ayah end up ambil Ikan Patin Sangkar bahagian badan. Belah hujung tu ada free flow air masak dan air sejuk. Air lain boleh order. Depan lain kaunter bayaran.

Harga Ikan Patin Sangkar dalam RM 13-15. Harga Ikan Patin Buah dalam RM 24-26. Harga dia beza ikut bahagian ikan (badan, ekor atau kepala). Badan dan ekor yang paling mahal, dan kepala paling murah. Beza 2 ringgit je pon. :P

Yang mana nak kuah tempoyak saja, boleh jugak nak beli - RM 2 je sebekas. Kot kot nak bawak balik untuk masak ikan patin sendiri ke, ataupon memang jenis suka hirup kuah tempoyak. Slurrpp!


^
Ni kat belah entrance. Section bakar-bakar dan goreng-goreng. Udang galah, Ikan bakar, Ayam goreng.. etc.


^
Hasil tangkapan. Telur dadar je yang kureng sket. tade rase telur langsung. buih saje kot. Telur dadar tu dia letak siap-siap dalam pinggan, banyak la tersusun kat kaunter. Tapi ayah pergi amik yang paling nipis. Boleh je nak amik yang tebal sket. :P


^
Harga untuk lauk pauk yang lain.

...

Peta Lokasi


Labels: , , , , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...