Tuesday, December 13, 2016

Sirah Mee Ketam & Mee Udang @ Kota Warisan, Sepang

Address:
Sirah Mee Ketam & Mee Udang
No 22 Jalan Warisan Megah 1/4,
Kota Warisan, Sepang,
Selangor.

Operation Hours : 11 am to 4 pm (Menu Tengahari)

Contact Number: 012-350 0891

Facebook: www.facebook.com/RestoranSirah

...

Ni dah lama kiteorg pergi, Oktober lepas, tapi tah macam mana saya lupa nak update kat sini.

Pernah virah (atau masih viral?), sotong giant di FB. Saya pastekan ye. Nak info lebih boleh klik kat link FB derang (refer above).

...


^
credit to restoran sirah for the photo

SOTONG GIANT BEST SANGAT DI RESTORAN INI

HANYA RM11.90 Boleh Makan SAMPAI KENYANG.
AIR PERCUMA Minum Sampai Kembung Pun Dieorang Tidak Caj.
Biasanya SOTONG Kecil Pun Dah Mahal

Restoran Menyediakan Menu SET PANAS PANAS
Untuk Makan Tengahhari Pelanggan Tercinta
Yang BEST nya!
Semua Menu Ini Dihidangkan PANAS PANAS .
Maksudnya Bila Kita Pesan Baru Team Kitchen Masak.
+ Semuanya Dimasak SEGAR .
Ada Pelbagai Pilihan Menu:
+ SIRAH SET SOTONG GIANT GORENG PANAS2
+ SIRAH SET IKAN KELI GORENG PANAS PANAS
+ SIRAH SET AYAM BANDAR GORENG PANAS2
+ SIRAH SET AYAM KAMPUNG GORENG PANAS2
+ SIRAH SET IKAN BAWAL GORENG PANAS2
+ SIRAH SET IKAN TALAPIA GORENG PANAS2
Gandingan Menyelerakan,
Nasi + Ulam + Sambal Belacan + Sambal Kicap + Lauk Pilihan.
Sangat Berbaloi !

Lokasi Restoran Sirah Kota Warisan,Sepang :
Bersebelahan YL MART & SALON SENZE STUDIO (Sebaris 7 Eleven Kota Warisan)
Waze / Google Maps : Sirah Mee Udang Kota Warisan
Waktu Operasi Menu Tengahhari : 11:00 Pagi - 4:00 Petang ( Setiap Hari )
* Ada Ruang Berhawa Dingin Kepada Pelanggan Yang Datang Awal
WhatsApp Untuk Kami Share Location :
+6012 3500 891



^
credit to restoran sirah for the photo

...

Punya la jauh kiteorg merantau, sejam lebih jugak la nak sampai dari Gombak. Patut dalam 50 minit dah sampai, tapi ayah terlepas jalan kena pusing jauh jugaklah. Anak-anak buah sampai tertido dalam kereta. Hahahaha. Siap terbangun tanya, "Lom sampai lagi ke?", pestu sambung tido balik.


^
Saya tak snap banyak gambar, sebab bila dah start makan tu, memang tade la nak snap2, lagipon tangan dah berminyak. Ini saya snap before makan. Sorry la meja kelam kabut sket. Makan dengan budak-budak gini la. Cawan lebih dari manusia. Padahal 5 orang + baby je. Sotong tu agak liat sket. Agak struggle nak makan.


^
Sekali dengan set nasi tu, derang bagi sambal belacan, kicap, dan kuah kari apetah. Memang besar sotong nye.

Kat sini toksah la makan dengan sudu garfu. Makan je dengan tangan. Air free flow. Hari saya datang tu ada air sirap dengan air limau nipis. Air suam dan air masak pon ada. Nak air lain, kena order la. Bubur kacang dan ice cream pon ada.

Sampai-sampai tu memang ramai. Doa dalam hati, harap-harap ade meja kosong. Kebetulan time kiteorg tengah cari tempat duduk, ada 1 meja ni dah sudah makan, derang panggil kiteorg duduk. Lagipon kesian kot, tengok kiteorg dukung baby tengah tido. Settle dapat meja + kerusi... confuse nak order kat kaunter ke orang tu amik order kat meja. Saya nak pergi dah ke kaunter, tetibe ada orang datang amik order kat meja, so saya duduk semula la. Semua nak sotong giant, jadinya 4 pinggan set sotong giant dengan nasi + 2 pinggan kosong. Tak dapat abiskan semua, tapau lebihan sotong dalam cawan. Malam tu sambung makan as lauk dinner.

Tak sure lama mana kiteorg tunggu makanan sampai. Budak-budak memang jenis taleh dok diam, sebelah ada stationary shop. masuk la kejap cuci mata. Keluar-keluar dah ada makanan kat meja. Alhamdulilah. Dalam setengah jam kot melepak dalam stationary shop. :P

Nak makan sini, korang kena banyak bersabar. Jangan cepat marah. ye? :P

...

Peta Lokasi


Labels: , , , , , ,



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...