Tuesday, January 3, 2017

Cara Membuat Roti Titab


^
Saya terlajak rendam telur sampai 7 minit. Erk. Next time buat 5 minit je.


Bahan-bahan yang diperlukan
- Roti
- Mentega
- Telur
- Kaya

Cara-caranya
1. Sediakan periuk berisi air dan biarkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutupkan api dan pindahkan periuk jauh dari api. Masukkan telur ayam ke dalam air tadi. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit. Setelah 5 minit dah tamat, keluarkan telur dan rendamkan dalam air sejuk untuk mengelakkan dari telur terlebih masak.

2. Sapukan mentega pada kedua-dua belah roti dan bakar di atas grill pan atau panini press. Bakar sehingga sedikit krispi.
* preferably, roti jenis tebal seperti roti hailam. tapi kalau takde, roti biasa Gardenia atau Massimo pon boleh, tapi guna 2 keping la. kasi tebal sket. :P

3. Pecahkan telur di tengah-tengah roti yang telah disapu mentega. Letakkan sedikit kaya di 4 penjuru roti. Siap untuk dimakan!

Labels:



Comments:

blog comments powered by Disqus

Older Posts    Home    Newer Posts
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...